Thursday, 3 March 2011

Polaroid


Kisah Kamera Polaroid

Sekarang nie dah banyak sangat orang duk tangkap gambar pakai DSLR haa bosan kan,harini nak cerita ckitlah pasal kemera rare yang di panggil POLAROID. Kamera polaroid ini lebih dikenali dengan nama kamera langsung jadi orang kata automatik terus kuar gambar la.Kamera ini dapat memproses foto sendiri di dalam badan kamera setelah dilakukan pemotretan. Kamera polaroid ini menggunakan filem khas iaitu filem polaroid. Filem polaroid ini dapat menghasilkan gambar berwarna yang dinamakan filem polacolor. Menurut sejarah kamera ini direka oleh Dr.Edwin Land dari perusahaan polaroid dan dipasarkan sejak 1947.Filem Polaroid ini ditemukan oleh Dr.Edwin land. Kamera ini dapat menghasilkan gambar dalam beberapa minit tetapi tidak mempunyai filem negatif.

Berikut adalah contoh kamera polaroid
Polaroid SX-70 OneStep (Rainbow)


Polaroid 635CL Supercolor


Polaroid 636 Close Up

Polaroid SX-70 Pronto (Black-Blue)



 


Sambung cerita lagi, oleh kerana kamera polaroid dah lama sangat dan banyak kamera dslr yang mana menggunakan memory card untuk save gambar2..Jadi nye salah satu syarikat pengeluar film bagi polaroid iaitu Fuji film inc telah pun menutup operasi pengeluaran instant film akibat kekangan ekonomi yang berarus moden. Ramai peminat polaroid memikirkan tamatnya sebuah sejarah kamera pencetak automatik iaitu Polaroid...Kini tinggal sebagai lagenda dalam dunia fotografi.

Namun,orang tua tua kata..semua mende leh settle ,kita kan yang buat dia, bukan dia yang wat kita haha...Pada akhir tahun 2008 beberapa bekas pekerja kilang Polaroid mengusahkan balik dan melakukan projek pengeluaran instant film semula dan menamakan projek nya sebagai The Impossible Project.




Softtone Film

    



Spectra Film




Blue Film




Chocolate Film




Sepia Film



Color Shade Push Film



Silver Shade Film




Silver Shade UV+ Film



Kata-kata dari The Impossible Project =)




Poloraid Hingga Akhir Hayat...

Jamie Livingston mula mengambil satu gambar polaroid setiap hari sejak 1979 hinggalah beliau mati pada tahun 1997 (beliau mati pada hari jadinya yang ke 41) akibat leukemia. Jamie memulakan projek ini dengan harapan dapat mempamerkannya kepada umum di masa hadapan. Namun hasrat beliau tak kesampaian. Beliau mengambil sebanyak 6,697 keping gambar. Setelah beliau meninggal dunia, rakanya memenuhi impian Jamie dengan mengadakan exhibition kesemua gambar yang diambil. Jika nak tengok kesemuanya silalah ke laman web Photo of The Day. Ada banyak gambar menarik dan sadis...Gila kentang, Gila Polaroid...








1 comment: